Saturday, February 21, 2009

Aku dan diriku sendiri

On laptop...alter slide dementia smalam sebelum print and fotostat untuk kawan-kawan sekelas. Pastu, baca soalan PBL semalam...deep vein thrombosis??? Baca buku, belek kamus, tukar buku lagi, conteng-conteng kertas (draft la konon)...Hmmm...tetiba teringat hospital report. Lab value untuk neonate tak cari lagi. "S" (for subjective) baru je siap. "O", "A" dan "P" bila nak proceed?? (O for objective, A for assessment and P for plan). Tutup DVT, bukak report yang terbengkalai. On celcom broadband, start surfing for PPHN (persistent pulmonary hypotension in neonate) untuk report. Cari dan cari. Jumpa...save. Jumpa lagi...save lagi. Lagi jumpa...lagi save. Baca dan baca. Lalu dah bosan. Hahahah. On blogger, start mengaranglah...kehkehkeh...Balkis, jangan lagha sayang...

Thursday, February 19, 2009

NICU hospital sungai buloh

Salam untuk semua...
This week i hv been attached to Neonate Intensive Care Unit (NICU) atau nama mudahnya wad ICU baby. 1st day kat hospital, kitorang just clerk the case aje. Preceptor kami cakap this case is very special. Because the baby is on 4 inotropes. At first aku dengar, tak berapa nak paham sangat. Maybe because kurang berpengetahuan dalam bab inotropes ni. Untuk pengetahuan semua, inotrope adalah agent yang pada umumnya digunakan untuk increase jantung punya function. For this baby, inotropes digunakan sebab hypotension (tekanan darah rendah). This baby lahir cukup bulan, weight pun ok, mak dia pun ok. Tapi itulah. Allah Maha Kuasa. Semua boleh jadi kalau itu yang Dia mahukan.

2nd day, pagi-pagi lagi kitorang dah dibawa naik ke NICU. Excited sangat. Buat pengetahuan semua, aku sangat suka visit ward. Suka tengok patient. Suka berinteraksi dengan patient. Tapi takut jugak kalau tiba-tiba dapat patient yang berpengetahuan hebat dalam bab-bab kesihatan ni. Silap-silap gaya aku yang terlopong dengar soalan dorang. Hehehe... Ok berbalik kepada cerita tadi, 1st time aku masuk NICU. Jejak je kaki dalam wad tu, aku dah dapat dengar bermacam-macam bunyi yang agak menyeramkan. Maksud aku bunyi mesin-mesin monitoring dorang. Yelah, wad ICU, mestilah patient dalam keadaan kritikal dan perlukan pengawasan yang rapi. Majority of the babies pakai ventilator (alat bantu pernafasan). Ada yang kecil sangat. Tengok diorang, hati jadi sayu. Aku dapat bayangkan perasaan mak ayah dorang. Betapa runsing, sedih memikirkan nasib anak. Harapan aku, semua baby-baby comel tu selamat. Dapat pulang kepangkuan ibu ayah, abang dan akak dorang. Dapat menjalani hari-hari yang mendatang dengan sempurna seperti baby-baby lain yang sihat. Namun, semuanya dah tersurat. Semua dah Allah tentukan. Apa yang terjadi semua ada hikmahnya. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan memohon yang terbaik.

Sekarang aku pulak yang kena teruskan perjuangan. Tujuan asal datang ke fakulti ni sebab nak jumpa Miss Jesmin and cari bahan untuk hospital report dan presentation esok. Semua masih terbengkalai. Haha..macam tu lah kalau dah log in kat blogger ni. Ada je benda yang aku nak buat.

Next week insyaallah nak gi kenal Kota Singa. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.

Monday, February 16, 2009

Bukan di zon selesa

Alhamdulillah.. Tadi aku dah berjaya present PBL 5 kat M. Hadi. 'Very good!".. Bagaikan mimpi... Mungkinkah? Apakah? Tapi ingat baliks, bukan bermakna anda di zon selesa. Jangan lepas ni dah tak usaha and prepare betul2 untuk presentation. Siapa lecturer yang evaluate tu tak penting. Yang penting, cuba sedaya upaya untuk sampaikan apa yang diamanahkan sebaiknya. Usaha sehabis baik untuk buat kawan-kawan faham apa yang aku nak sampaikan sebenarnya. That the best!

Esok aku ke Hospital Sungai Buloh. Di 'assign'kan ke intensive care unit or nama glamournya ICU. And maybe jugak ke neonate ICU (NICU). Aku nak study pasal apa ek malam ni? Hmm maybe antibiotic? Sebab patient kat ICU ni selalunya memang on banyak antibiotic. Maybe aku kena study jugak pasal respiratory support system. Maybe kena review cardio lagi. Alahai cardio lagi, cardio lagi, cardio lagi! (cardio = nama samaran untuk jantung di kalangan budak2 medical).

By hook or by crook, aku kena usaha yang terbaik. Azam yang sama sejak minggu2 lepas lagi. Azam sama tapi hasilnya pastikan lebih baik ye.

Gudluck for myself. Work and pray hard.
P/s; Intan, get well soon dear =)

~bee

UiTM hot~

Hohooho..panasnya uitm. Aircond breakdown. Baju aku basah dan boleh diperah.. Hoho... Baunya???

Sunday, February 15, 2009

Formula hidupku kini

Lenguh tengkuk + demam + selsema + sakit kepala + hati sebal + jiwa runsing + tak tau dah apa sebenarnya ni = syndrom pelajar farmasi semester akhir

Wahai jiwa-jiwa sekalian, fahamilah bahawa aku kini bukan seperti yang aku inginkan. Fahamilah.

Ya Allah, berikanlah kesihatan dan kemudahan kepadaku. Amin.

~bee

Pagi yang indah

Pagi yang indah, kini sudah terang. Aku adikmu dan engkau abang... ni lah lagu yang adik bongsu aku, ziyad suka sangat nyanyi. Tetiba teringat plak kat si comel tu. Huhuhu...rindunya. Pengorbanan sang perantau.



Muhammad Ziyad Danial, 6 tahun

Entry kali ni adalah bertujuan untuk memberika semangat pada aku bagi memulakan hari ini dengan menyiapkan semua tugasan yang masih bersisa. Slides presentation dyslipidemia lagi sikit. Tinggal nak surf cari dia punya pathogenesis yang lead to coronary heart disease (CHD). Then pas siap, nak prepare btul-btul untuk presentation slot as kami bakal di'bombard' oleh MR Abdul Hadi esok. Chaiyok2! Aku berazam nak menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik dari minggu lepas. Siapa tahu minggu ni aku dapat beat Kak Azie? hahahaaaaaa cayalah Balkis. You can do it!!!! =D . Untuk pengetahuan umum Kak Azie adalah coursemate aku yang boleh dikatakan paling pandai dalam kelas kami. Aku suka kawan dengan dia sebab dia tak sombbong and tak lokek nak share ilmu. And paling suka kawan ngan dia sebab aku rasa macam muda bila dapat panggil orang dengan title 'kakak'...ngeh3..jahat betul aku (kak azie, nanti blanja kita makan eh sebab da promote akak kat blog yang tak ada sape tengok pun ni =D).




Dah3..melalut pulak. Start keje sekarang la!!!!!!!!!!!!!! Bismillahirrahmaanirrahimmmm..



~bee

Saturday, February 14, 2009

Niatkan sebagai ibadah

Salam ukhuwah...

Today is saturday. This is the only day yang aku rasa memberikan aku sedikit ketenangan jiwa. Hari yang aku rasa aku sedikit bebas untuk mengatur hidup aku...SEDIKIT!!.. It is not that aku tak redha dengan ketentuanNya menjadikan aku macam ni. Tapi tugasan harian yang tak pernah ada penghujungnya kadangkala membuatkan aku alpa. Alpa dan leka yang sebenarnya hidup ini, nasib diri, semuanya di tangan Yang Esa. Jangan mengeluh, bahkan, terus berusaha sebaik mungkin supaya apa yang dilakukan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Niatkan apa yang diusahakan ini sebagai ibadah. Ibadah untuk menempatkan diri yang dhaif ini di tempat yang terbaik di sisi Allah. Sia-sia bertungkus-lumus kalau semuanya dipandang enteng oleh Yang Mencipta. Sentiasalah mengharapkan keredhaaNya dan keberkatanNya dalam kehidupan seharian kita. Tanpa maghfirah dariNya, siapalah kita??? Inilah yang selalu aku bisikkan dalam hati kecil aku. Ya, sebagai bekal untuk kekuatan diri sendiri. Tiada yang dapat menolong diri kita kalau kita sendiri yang tidak menolong diri kita sendiri. Bukalah minda, positifkan fikiran, bentangkan jalan untuk hati dan jasad ini mendapatkan haknya. Hak untuk menikmati kurniaan Tuhan di bumi ini. Jangan isikan hari-hari yang bakal berlalu dengan penuh kebencian, pengeluhan yang tidak berpenghujung. Terimalah ujian ini dengan hati yang lapang, redha dan cubalah terima yang semua yang berlaku adalah kehendak Yang Esa, tiada yang lain selainNya yang Maha Pengasih dan Pemurah.

Ya Allah kuatkanlah jiwa ini menghadapi hari-hari mendatang. Janganlah Kau jadikan diri ini hamba yang berputus asa. Terimalah segala usaha dan amal harianku sebagai ibadah yang diganjarkan pahala disisiMu. Jadikanlah aku hamba yang bersyukur Ya Allah. Ya Allah kuatkanlah diri ini Ya Allah.



~bee



Monday, February 9, 2009

untuk apa?

Salam perkenalan. I am wondering, this blog is for what? e-diary? Hmmm...anyway, pada aku, blog ni aku nak jadikan sebagai satu wadah baru dalam hidup aku. Maksudnya aku nak cuba sesuatu yang baru yang aku harap dapat beri kebaikan kepada ku. Ya, kebaikan! Seperti namanya "suatu perkongsian", begitulah jua dirinya. Aku nak kongsi apa yang aku dapat, apa yang aku alami, apa yang aku rasa dan apa yang aku fikir dengan pembaca blog ni (kalau ada lah, kalo tak ada pun tak apa, just for my satisfaction).

Sekarang dah jam 1944. Sedari jam 0700 pagi tadi aku mengadap acer aspire 5500Z ini. Rasa lenguh jugak belakang ni. tapi tak apa...hati puas. Sebabnya, 3rd hospital cse report dah settle and just waiting to be submitted to my dearest lecturer, Dr Nahlah Edkusiah Ismail.hehehe. Tinggal lagi slide presentation untuk PBL4. Insyaallah malam ni kalau diizinkan Tuhan aku nak siapkan jugak. Almost all materials dah ada, just tunggu nak convertkan ke slide aje.

Esok i'll be continue my student's life in Hospital Putrajaya. According to schedule, esok aku akan clerk case dari Medical ward. Entah apa case yang aku akan dalami dan pelajari esok, aku pun belum pasti. Yang pastinya aku akan cuba yang terbaik, belajar sebanyak mungkin ilmu yang aku pasti akan sangat aku perlukan bila aku dah betul-betul jadi seorang ahli farmasi nanti. Teringat kata-kata seorang lecturer aku baru-baru ini, "It's ok kalau u buat salah sekarang and u still boleh dimaafkan. Tapi once dah practice as a pharmacist soon, no chance for u to make any mistake!". Huh, gerun jugak aku dengar. Tapi itu lah realitinya. Moral of this story is belajarlah dan lakukanlah kesilapan selagi anda diberi peluang untuk itu.

Setakat ini dulu lah for this 1st entry. Hidup untuk mendapat keberkatan~bee