Monday, February 9, 2009

untuk apa?

Salam perkenalan. I am wondering, this blog is for what? e-diary? Hmmm...anyway, pada aku, blog ni aku nak jadikan sebagai satu wadah baru dalam hidup aku. Maksudnya aku nak cuba sesuatu yang baru yang aku harap dapat beri kebaikan kepada ku. Ya, kebaikan! Seperti namanya "suatu perkongsian", begitulah jua dirinya. Aku nak kongsi apa yang aku dapat, apa yang aku alami, apa yang aku rasa dan apa yang aku fikir dengan pembaca blog ni (kalau ada lah, kalo tak ada pun tak apa, just for my satisfaction).

Sekarang dah jam 1944. Sedari jam 0700 pagi tadi aku mengadap acer aspire 5500Z ini. Rasa lenguh jugak belakang ni. tapi tak apa...hati puas. Sebabnya, 3rd hospital cse report dah settle and just waiting to be submitted to my dearest lecturer, Dr Nahlah Edkusiah Ismail.hehehe. Tinggal lagi slide presentation untuk PBL4. Insyaallah malam ni kalau diizinkan Tuhan aku nak siapkan jugak. Almost all materials dah ada, just tunggu nak convertkan ke slide aje.

Esok i'll be continue my student's life in Hospital Putrajaya. According to schedule, esok aku akan clerk case dari Medical ward. Entah apa case yang aku akan dalami dan pelajari esok, aku pun belum pasti. Yang pastinya aku akan cuba yang terbaik, belajar sebanyak mungkin ilmu yang aku pasti akan sangat aku perlukan bila aku dah betul-betul jadi seorang ahli farmasi nanti. Teringat kata-kata seorang lecturer aku baru-baru ini, "It's ok kalau u buat salah sekarang and u still boleh dimaafkan. Tapi once dah practice as a pharmacist soon, no chance for u to make any mistake!". Huh, gerun jugak aku dengar. Tapi itu lah realitinya. Moral of this story is belajarlah dan lakukanlah kesilapan selagi anda diberi peluang untuk itu.

Setakat ini dulu lah for this 1st entry. Hidup untuk mendapat keberkatan~bee

No comments:

Post a Comment